YAYASAN AL-HANA

PEMEGANG AMANAH YAYASAN AL-HANA BERDAFTAR

Lata Belakang

Pemegang Amanah Yayasan Al-Hana Berdaftar ditubuhkan pada tahun 2024 atas dasar inginmembantu seramai mungkin golongan asnaf, ibu-ibu tunggal, orang kurang upaya, warga emas serta anak-anak yatim dan golongan-golongan lain yang emerlukan.Memahami dan meninsafi bahawa “dalam rezeki kita ada rezeki insan lain” maka Yayasan Al-Hana berhasrat untuk menyuburkan kasih sayang dan keprihatinan masyarakat terhadap mereka yang kurang bernasib baik yang perlu dihulurkan bantuan dan sokongan yang sebaik mungkin tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama.Yayasan Al-Hana juga berhasrat akan mengeluarkan beberapa produk makanan serta keperluan harian berjenama Al-Hana berkonsepkan “MEMBELI SAMBIL BERAMAL” bagi meningkatkan DANA bertujuan untuk membantu mereka yang memerlukan

MISI

“Memperbanyak bantuan keperluan asas, pendidikan dan kewangan kepada golongan yang memerlukan dalam pelbagai aspek khususnya kepada golongan fakir miskin dan anak yatim agar mereka dapat mengecapi pembangunan komuniti yang sebaiknya serta menyahut usaha kerajaan dalam membasmi kemiskinan di bandar dan luar bandar.”

VISI

“Memperbanyak bantuan keperluan asas, pendidikan dan kewangan kepada golongan yang memerlukan dalam pelbagai aspek khususnya kepada golongan fakir miskin dan anak yatim agar mereka dapat mengecapi pembangunan komuniti yang sebaiknya serta menyahut usaha kerajaan dalam membasmi kemiskinan di bandar dan luar bandar.”

OBJEKTIF PENUBUHAN

KEMUDAHAN ASAS

Meningkatkan bantuan kemudahan asas kepada golongan yang memerlukan termasuk golongan B40, anak yatim, OKU, warga emas sama ada di bandar dan luar bandar serta golongan yang ditimpa musibah.

PENGUKUHAN PENDIDIKAN

Mengukuhkan taraf pendidikan kepada pelajar yang memerlukan di peringkat menengah dan rendah dengan pemberian bantuan kelengkapan sekolah.

PEMBANGUNAN PROJEK KOMUNITI

Memajukan projek dan aktiviti yang menyumbang kepada penaiktarafan ekonomi, sosial dan pelajaran bagi golongan miskin, anak yatim dan golongan kurang bernasib baik.

SUMBER KEWANGAN

SUMBANGAN KORPORAT & SUMBANGAN INDIVIDU

Selepas penubuhan yayasan ini, kesemua dana yang akan dirancangkan adalah dikumpul daripada sumbangan dikalangan Pengasas, ahli korporat, syarikat-syarikat dan potongan gaji secara sukarela oleh pekerja dibawah syarikat dinaungi Pengasas.

PERNIAGAAN

Sumber seterusnya adalah yang akan dijana menerusi bidang perniagaan yang diceburi oleh Yayasan seperti kerjasama bersama pihak syarikat dalam program-program khidmat masyarakat dari masa ke semasa dengan berpandukan cadangan oleh Lembaga Pemegang Amanah yang melibatkan pelaburan Yayasan.

GOLONGAN SASARAN

  • Golongan fakir miskin yang memerlukan bantuan asas seperti makanan dan pakaian.
  • Golongan yang sama yang ditimpa musibah kesihatan dan bencana alam.
  • Anak yatim yang memerlukan bantuan persekolahan, tempat tinggal yang baik serta wang Ehsan.
  • Orang Kurang Upayadan warga emas yang memerlukan bantuan khusus.

AKTIVITI

Program Back to School (BTS) kepada golongan yang kurang bernasib baik dalam bentuk kewangan, kemudahan dan peralatan persekolahan.

latar

Program Kotak Infaq (Charity Box) kepada golongan fakir miskin, anak yatim, OKU, warga emas dan lain-lain secara berterusan dengan pemberian makanan asas berbentuk sumbangan.

ProgramBantuan Bencana &Kecemasan kepada golongan memerlukan yang ditimpa sebarang bentuk musibah dari segi kewangan, peralatan, kemudahan, motivasi dan bimbingan.

Program Bantuan Pemulihan Masjid & Surau serta infrastruktur lain yang daif dan tiada kemudahan asas serta diperlukan oleh masyarakat.

2021-2022

Yayasan Al-Hana didaftarkan, Pemegang Pemegang Amanah dilantik serta pelantikan pekerja di bawah Yayasan dan gerak kerja bermula dalam skala kecil.

2023-2025

Dana dikumpul daripada ahli korporat dan individu penting dan akan disalurkan ke golongan sasaran mengikut objektif. Sasaran ingin disalurkan sebanyak 500 ke 1000 bantuan.

2026-2028

Memulakan kerjasama dengan wakil-wakil rakyat dan menyasarkan bantuan secara menyeluruh di peringkat DUN dengan kerjasama ADUN setempat di negeri Selangor

HALA TUJU YAYASAN AL-HANA

2029-2030

Sasaran untuk menjadi Yayasan terbaik di Selangor dengan memperbanyak bantuan di peringkat negeri dengan kerjasama kerajaan ALA TUJU negeri memperluas ke seluruh Malaysia jika diperlukan.

AHLI JAWATAN KUASA YAYASAN AL-HANA

YAYASAN AL-HANA (PPAB -41/2024)
No. Suite 2-5, Level 18, Plaza Azalea 10, Persiaran Bandaraya, Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
Selangor.

Tel : (603) 5510 1700 / 5518 9219 / 5511 8219 Faks : (603) 5510 2557 / 5524 5217
Azriman : 6016-9225346
Email : azriman@mysutera.com / ismadi@mysutera.com

© All Rights Reserved.